08 June, 2008

Pm Minta Rakyat Tabah ?


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan telah bertahan sebanyak dan selama yang mungkin, untuk melindungi rakyat daripada kenaikan harga, namun, harga komoditi dunia itu telah melonjak naik dengan terlalu tinggi dalam masa yang amat singkat.Pada Januari 2007, katanya, harga minyak mentah dunia hanyalah sekitar AS$50 setong, tetapi kini - 18 bulan kemudian - ia meningkat lebih 150 peratus ke hampir AS$130 setong dan pakar dunia menjangka ia mungkin terus meningkat ke paras AS$200 setong. [income petronas lagi mashuk!!! tax gomen pon masuk!!!]


"Dalam situasi ini, hakikatnya perbelanjaan kerajaan tidak akan dapat memenuhi jurang di antara harga terkawal yang rendah dengan harga minyak mentah dunia, walaupun dengan peningkatan perolehan Petronas," tegasnya.Perdana menteri berkata, kerajaan sedar, kenaikan harga bahan api menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat, demikian menurut laporan Bernama.Sehubungan itu, beliau berharap rakyat mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berhubung kenaikan harga minyak agar mereka benar-benar memahami apa yang sedang dihadapi oleh negara."Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawabnya dalam menghadapi suasana getir seumpama ini. "Justeru, marilah kita bersama-sama mengharungi dugaan ini dengan tabah, demi kesejahteraan kita bersama dan demi masa depan negara ini dan generasi seterusnya," kata perdana menteri.



" Ape gunanya ade pemimpin tapi tak boleh menyelesaikan masalah negara...dah ler cakap xserupa bikin, ade ker ajak sama2 mengharungi...bongoknya punya PM, kau tuh minyak free...claim aje...ade ker kau rasa seperti rakyat rasa... " kata aku.

No comments: